dup dap dup dap

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 22, 2011

si hitam

Dalam satu kampung ni,ada 3 orang sahabat; Ali, Abu dan Bakar  yang boleh dikategorikan dalam kategori insan yang teramat la sedih dan kesian. Mereka sentiasa dipinggirkan oleh rakan sebaya dan orang kampung hanya kerana mereka ni kurang dari segi rupa paras. 3 sahabat ni sentiasa bersama sebab dah takde sapa nk kawan dengan depa ni  selain mak dan ayah mereka. Bayangkan lah rupa mereka ni. Yang hitam sehitam-hitamnya. Yang hina sehina-hinanya. Yang hodoh sehodoh-hodohnya. T_T. Walaupun dikurniakan dengan paras rupa sedemikian,mereka tetap bersyukur. Ali dan Bakar sentiasa positif dan bersyukur dengan nikmat yang diberi. Lain pula dengan si Abu,yang sentiasa berfikiran negatif dalam setiap keadaan. 

Alkisahnya,pada suatu petang,3 sahabat ini teringin untuk bermandi sungai. Mereka pun pergi la menyusuri kampung dan sedang dalam perjalanan tersebut,si Abu telah terjumpa teko lama. Ali dan Bakar melarang Abu daripada menggosok teko tersebut  seperti yang mereka selalu lihat di TV,tetapi Abu degil. Tiba-tiba tanpa diduga,seekor jin telah menegur mereka dan alangkah terperanjatnya mereka bertiga kerana ape yang telah ditonton di TV dan didengar oleh mereka selama ini menjadi kenyataan. Maka terjadilah bual bicara antara mereka berempat.

Jin: Terima kasih wahai budak kecil!! Kamu telah membebaskan aku daripada bekas sempit tersebut dan dengan itu aku ingin mengurniakan kepada kamu apa sahaja hajat yang kamu impikan selama ini.

Ali: Wahai jin! Aku ini tiada permintaan lain didunia ini,melainkan untuk putih dan hensem seperti rakan-rakan aku yang lain.

Dengan sekelip mata Ali pun bertukar wajah. Terkejut beruklah dua sahabat ini. Dan dengan kagumnya, Bakar pun membuat permintaan juga.

Bakar: Wahai jin! Aku pun tiada permintaan lain didunia ini,sama seperti Ali hanya untuk putih dan hensem seperti rakan-rakan aku yang lain juga.

Dan sepertimana Ali, Bakar juga berubah menjadi putih dan hensem. Mereka yang sangat positif ini sangat gembira dan teruja dengan rupa baru mereka. Dan tinggallah Abu seorang yang masih belum membuat permintaan terhadap jin itu.

Jin: Wahai budak!! Ape permintaan kau??Akan aku tunaikan sebagaimana permintaan kawan-kawanmu.

Abu: Wahai jin! Permintaan aku hanyalah satu,kau hitamkan lah kembali wajah kedua-dua sahabatku ini.

Dengan permintaan seorang sahabat yang sangat negatif pemikirannya dan dengki melihat kelebihan yang dimiliki oleh orang lain, walhal dia juga boleh meminta permintaan yang sama jika dia mahukannya, telah mengakibatkan Ali dan Bakar kembali menjadi hitam seperti sebelumnya. Ruginya…

Oleh itu, nilai pengajaran yang dapat kita lihat disini, jika kita berkawan dengan orang yang positif maka positif la kita. Jika negatif maka negatif la kita. Kejayaan tak kan datang bergolek dan tak kan pernah sepi tanpa halangan dan cabaran. Oleh itu,untuk berjaya,pilihlah rakan yang positif dan sentiasa membawa kita ke arah kejayaan. Positif untuk berubah,positif untuk memulakan langkah dan positif untuk menempa kejayaan!!

until here..selamat berkarya!

No comments:

Post a Comment