dup dap dup dap

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 16, 2011

"kerana mulut badan binasa"

"Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera."

aku pun xtahu la kenapa lately ni hati aku ni sangat keras sangat sakit dan sangat kecik hati dengan mulut-mulut orang sekitar aku ni. semuanya sebab mulut. kadang-kadang aku xpaham dengan mulut orang yang sesuka hati je cakap tanpa berfikir sama ade perkataan diorang tu mengguris hati dan terkesan kat hati orang tu ke tak. memang la kadang-kadang kita tak sengaja dan tak ingat ape yang kita cakap,boleh diterima akal. ni yang jenis memang sengaja cakap untuk menyakitkan hati kita. boleh bayang tak perasaan nya macam mana??? belum lagi yang berpura-pura xtahu,berlakon dan berlagak tak tahu ape-ape. yang depan cakap lain belakang cakap lain. dengan orang ni cakap macam ni orang ni cakap macam ni. Istighfar panjang aku......muka tembok ke muka da dikaler dengan cat cap Jotun ke aku pun xtahu. huh. aku tak paham dan xboleh berfikir kenapa ade orang macam ni kat muka bumi ni. rasanya,ni la kot yang digelar penghulu budaya satay!

“It is better to keep your mouth closed and let people think you are a fool than to open it and remove all doubt.”

so, korang-korang dan diri sendiri juga, jagalah mulut masing-masing. semua orang ade hati dan perasaan.

**hati ini merintih kerinduan terhadap kalian tapi,hatiku menyatakan tidak semudah itu untuk ku selotepkan hatiku yang berkecai,hancur,retak,lunyai dan yang sudah menjadi serpihan habuk yang bergelimpangan di padang pasir (teruk btul gambarannya tapi memang pun). moga kalian paham dan biarlah masa yang menentukan segalanya. leave me alone! aku bahagia, tenang dan aman tanpa muka,suara dan bayangan korang. aku berdoa kepada Tuhan semoga hatiku dicantum dan dilembutkan seperti asal dan aku tidak pula aku meminta untuk kalian sebab aku rasa aku lebih memerlukan hati yang kuat dan kenyal untuk berhadapan dengan kalian semua.aku sangat-sangat memerlukannya. so bagi aku masa untuk pulihkan hati ini dan berlakon bersama-sama seperti takde ape-ape yang jadi. ^_^

till here.selamat beramal dan sentiasa meletakkan diri kita di tempat orang lain!!salam sayang untuk semua.

No comments:

Post a Comment